Sunday, November 24, 2013

BlueStack untuk Pengguna yang malas nak beli Smartphone (Tips n Trick)

Pengenalan tentang BlueStack

   BlueStack merupakan aplikasi yang dikhaskan kepada pengguna windows 7/8 yang diprogramkan untuk menjana sistem android di windows 7/8.  BlueStack ini masih ditahap Beta iaitu program percubaan untuk pengguna sejurus itu dapat memberi kelebihan kepada pengguna sementara ia masih percuma.  BlueStack menggunakan sistem android 4.4 KitKat iaitu sistem android terbaru untuk menjana ciptaan smartphone terbaru seperti Samsung Galaxy.  Ibarat beli satu percuma satu dengan menggunakan BlueStack pengguna juga berpeluang mencuba sistem android yang terbaru ini daripada bersusah payah membeli smartphone mahal berharga ribuan ringgit!!..ingat mau hidup mesti pandai kan....Berkenaan BlueStack pula sistem aplikasinya dijana oleh PlayStore...Seperti saya katakan tadi sistem BlueStack bersamaan dengan aplikasi android di pasaran masa kini...

Ciri-Ciri Komputer yang Layak untuk BlueStack

   BlueStack memerlukan PC yang dijana oleh windows 7/8,dan Mac sahaja...berdasarkan pengalaman saya dalam menggunakan BlueStack saya menggunakan laptop Acer yang dijana oleh Intel Core i3 Processor iaitu intel generasi masa kini dan menggunakan Radeon Graphic HD6370 512MB sebagai graphic driver dengan sistem RAM sebanyak 2GB jenama Kingstone cukup untuk melaksanakan aktiviti pemprosesan tahap kritikal....ceh lebih-lebih la pula...

Bagaimana hendak mendapatkan software BlueStack??

  Kacang jer...pergi ke laman web http://www.bluestacks.com/ dan ikut sahaja arahan yang diberikan. semasa mendownload tu anda diminta sangat-sangat bersabar dan dinasihatkan menggunakan internet kekal seperti broadband atau WiFi di rumah...kalau kat tempat kerja tu pun boleh juga tapi tahan-tahan jelah kena maki oleh 'bigbos' nanti...bagi internet yang perlahan mungkin akan mengambil masa selama 3 jam yang laju x  tahulah..kiralah sendiri...huhu....cara install pun sama seperti software yang anda selalu download...bunyi macam senang kan tapi menunggu tu mau menangis...lebam biji mata x tido malam...



Dah dapat install??

  Mesti ada masalah kan...saya tahu tu...yess...anda mesti ada akaun google mail...kalau x da buat dulu akaun google...sudah ada akaun Google barulah anda hip2x horeee mendownload sesuka hati you kat PlayStore tu...just make ur life so easy...x perlulah nak fikir beli smartphone mahal2 tu dan berangan mat jenin nak pakai Samsung tu...gunakan kelebihan anda sebagai pengguna windows dan mac kerana tanpa windows dan mac x wujud la tu android...think out the box k...



Selamat Mencuba

Friday, November 22, 2013

Isu Pengintipan Negara Barat ibarat pisau di leher pemimpin dunia


Isu Pengintipan Negara Barat ibarat pisau di leher pemimpin dunia



                Pernah anda mendengar tentang agensi perisikan seperti National Security Agency (NSA), dan Central Intelligence Agency (CIA).  Agensi ini yang memainkan peranan utama dalam pengintipan bukan setakat Malaysia tapi seluruh dunia.  Mungkin ini perkara baru bagi rakyat Malaysia untuk menyedarinya, tapi tahukah anda bahawa mereka telah berpuluh tahun menghantar pengintip-pengintip ke seluruh dunia untuk mengumpul maklumat tentang negara jiran di seluruh dunia. Jika kita lihat sejarah penaklukan negara-negara islam melalui kuasa barat beserta sekutunya Zionis mereka tidak menyerang membabi buta, pihak CIA akan mengumpulkan segala data ketenteraan, organisasi, hinggalah keluarga orang yang berkepentingan yang berpotensi untuk menjadi pakatan barat atau talam dua muka.  Jika merujuk balik prinsip peperangan ini merupakan ciri-ciri Perang Saraf iaitu perang di mana melumpuhkan psikologi musuh melalui propaganda, rasuah dan sebagainya sehingga runtuhnya nilai-nilai moral musuh untuk berpaling tadah.  Cara ini sangat berkesan untuk menangani musuh dengan cepat dan mudah.

                Jika dilihat balik isu-isu pengintipan yang bermula dari zaman perang jepun hinggalah peperangan moden masa kini corak pengintipan kini banyak berubah.  Dengan adanya teknologi canggih seperti UAV (Unmanned Aerial Vehicle), mini drone, satelit pengintip dan pemasangan penyadap elektronik di seluruh  negara jiran konsep pencerobohan sempadan kini berubah dan kian dipandang remeh, dengan adanya laman sosial negara barat semakin mudah melebarkan propaganda dan pengintipan begitu senang sekali melalui perkongsian maklumat yang semakin berleluasa ini.  Jika tiada undang-undang digubal melalui United Nation (UN) maka seluruh negara diancam bahaya.  Isu pengintipan tidak harus dipandang remeh kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara-negara serantau terutamanya negara di asia yang semakin terancam akibat pengukuhan ekonomi yang stabil berbanding negara eropah.  Keruntuhan ekonomi Amerika yang semakin parah  akibat hutang peperangan menyebabkan wujudnya isu pengintipan.  Cuba bayangkan negara yang mempunyai teknologi canggih yang memiliki supercomputer bertrilion terabyte data internet sosial di seluruh dunia di jual kepada negara yang sanggup membelinya untuk menampung kos hutang Amerika Syarikat, tidak cukup dengan itu melalui kepakaran teknologi dan risikan Amerika sanggup menyediakan perkhidmatan risikan untuk syarikat ternama di seluruh dunia untuk mengetahui strategi pemasaran, rahsia syarikat sebagai senjata ugutan untuk bersaing dalam dunia pasaran global.  Jika ini berlaku mereka dapat mengawal saham melalui speculator yang ibarat penyebar propaganda yang mengancam pelabur untuk melabur saham.  Adakah anda mendapat gambaran jelas tentang peranan pengintipan tersebut.  Akibat dari pengintipan inilah sesebuah negara akan jatuh musnah dalam sekelip mata melalui ‘blackmail’ yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Peperangan moden pada masa kini tidak lagi merujuk petempuran ‘face to face combat’ dengan adanya teknologi yang serba membangun ibarat tiada kesudahan, lambat laun akan memusnahkan kepercayaan manusia, dan berlaku pelbagai penyelewengan hingga wujud musuh dalam selimut yang memakan pemimpin negara masa kini.  Tetapi jika kita lihat sejarah peperangan negara barat terhadap asia kebanyakan peperangan berakhir dengan pengunduran.  Amerika tidak pernah menang sewaktu Perang Vietnam dan Perang Korea Utara manakala Jepun, Amerika menggunakan taktik kotor semata-mata menebus malu dengan menggugurkan Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki.  Maka dengan itulah Amerika dan negara sekutu lebih berhati-hati dalam memulakan peperangan di asia tenggara. 

Jika kita lihat ini sebagai andaian semata-mata tetapi pernahkah anda terfikir sejenak kesan yang kecil ini akan memberikan impak yang besar suatu hari nanti?  Mahukah anda diintip ketika sedang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga melalui teleskop satelit dari angkasa lepas, ini pencabulan hak privasi dan ini perlu ditangani dengan segera.  Lihat kepada negara yang diceroboh melalui pengintipan seperti Jerman dan Brazil mereka mengeluarkan satu draf resolusi iaitu “Privasi dalam Era Digital”untuk menghalang pencerobohan melalui penyadapan berleluasa.  Kerajaan Malaysia juga haruslah memainkan langkah proaktif sebagai kerajaan yang disegani di asia dengan bekerjasama mewujudkan satu pertubuhan di bawah negara-negara ASEAN untuk menangani kegiatan pengintipan sama ada melalui kes penyadapan, dan pencerobohan melalui ruang angkasa.  Jika tidak ditangani dengan segera mungkin akan wujud kemarahan hingga perang dunia ketiga bermula mungkin ia bukan peperangan konvensional tetapi kita risau Peperangan Elektronik (Electronic World Warfare) akan bermula seperti serangan ‘hacker’, penggodaman dan penghantaran virus hingga menyebabkan malapetaka yang lebih dahsyat dari yang digambarkan.

Tuesday, December 18, 2012

Perubahan Keutaraan Bumi Memberi Impak Kepada Iklim Dunia.



Apa yang kita tahu tentang kompas, pada pendapat saya kompas merujuk kepada pembahagian arah bumi iaitu utara, selatan, timur dan barat dan arah keutaraan terbahagi kepada dua iaitu keutaraan sebenar (True North) dan keutaraan magnetik (Magnetic North) tapi saya akan memfokuskan kepada keutaraan magnetik.  Kompas telah lama digunakan semenjak beribuan tahun dahulu dalam merancang sesuatu perjalanan agar sampai ke destinasi yang dituju.  Pernahkah anda terbayangkan pada suatu hari nanti bumi kehilangan panduan arah kompas ataupun arah yang menunjukkan arah utara pada masa kini menunjukkan arah selatan.  Ia memang sedang berlaku dan sentiasa berubah dari masa ke semasa secara sangat perlahan, cuma kita tidak menyedari ia sedang berlaku.  Jika kita tinjau atau kembali ke masa 800000 tahun yang lalu telah banyak menunjukkan bukti-bukti bahawa arah utara pernah berubah arah dan arah utara yang kita kenali sekarang adalah arah selatan pada 800000 tahun yang lalu.  Ia dapat dibuktikan melalui fosil-fosil dan keadaan geografi permukaan di seluruh dunia.  Ramai pengkaji atau peramal kemusnahan dunia menjangkakan bahawa perubahan drastik pembalikan arah utara dan selatan menyebabkan malapetaka besar dan menyebabkan kemusnahan kepada kepada penduduk dunia ini.  Para pengkaji dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa kenyataan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana seandainya pembalikan arah utara dan selatan terjadi ia akan mengambil masa jutaan tahun pada masa akan datang dan seandainya ia terjadi hanya kuasa tuhan yang dapat mempercepatkan proses tersebut.

Kita tidak boleh menolak atau mengelak kejadian ini berlaku kerana pembalikan arah ini adalah suatu peraturan semula jadi dan lambat atau cepat kita sebagai manusia harus menerima hakikat tersebut.  Jika kita tinjau seratus tahun yang lepas kedudukan arah utara telah banyak berubah semenjak tahun 1831, 1904, 1948, 1962, 1973, 1984, 1994, sehinggalah tahun 2004 dan titik keutaraan magnetik kompas berubah secara perlahan sejauh 960 kilometer bersamaan 600 batu.  Kalau kita seorang pelancong mungkin ini tiada masalah kerana kita juga boleh merujuk kepada arah utara benar dan masih boleh digunakan untuk tujuan panduan arah peta.  Dari kesan-kesan tersebut kita tidak nampak masalah besar yang boleh menyebabkan malapetaka besar tapi jikalau kita tinjau dari sudut perubahan iklim kita pasti akan merasa perubahan mendadak.  Jikalau dahulunya kita mengalami cuaca iklim khatulistiwa mungkin kini kita akan mengalami cuaca seperti negara-negara eropah jika pembalikan ini berlaku mungkin ia kelihatan berita baik, tapi seandainnya jika kita menerima iklim seperti afrika selatan dapatkah anda bayangkan betapa perubahan tersebut memberi kesan kepada tanaman, taburan hujan dan sebagainya.  
Jika kita melihat dari sudut Al-Quran tafsiran kepada ‘negara yang kering kontang telah bertukar kepada hijau menyubur’ ketika kiamat hampir menjelang seakan-akan tafsiran perubahan kedudukan keutaraan bumi ada kaitan dengan apa yang diwahyukan dari Allah S.W.T melalui kitab terakhir iaitu Al-Quran.  Jika dibandingkan dengan pelbagai fenomena iklim dan cuaca, perubahan keutaraan adalah pilihan yang sangat tepat dalam memainkan proses perubahan iklim di dunia ini.  Para saintis dan arkeologi telah membuktikan bahawa proses pembalikan ini mengambil masa berjutaan tahun dan sangat lama dan sangat mustahil untuk manusia mengalaminya kerana seandainya ia terjadi bumi ini memang tidak wujud lagi kerana sumber-sumber bumi dan kesuburan tanah tidak seperti kini kerana terlalu banyak pencemaran dan ozon tidak lagi melindungi bumi pada ketika itu.  
Kita sebagai umat islam tidak perlu memandang remeh tentang hal ini kerana kita telah diberikan Al-Quran dan kita sebagai umat islam perlu mengkaji dan membaca dan membandingkan di dalam Al-Quran kerana Al-Quran adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai sehingga akhir zaman.  Pada masa kini banyak ahli fikir di dunia ini terdiri dari orang barat yang menganut agama yang berbeza dan pegangan sains seakan-akan terlanjur dari landasan dari kepercayaan penganut islam sebenar, sebagai contoh ahli fikir barat mengaitkan asal-usul manusia adalah berasal dari keturunan beruk tapi pada hakikat yang ditunjukkan oleh Al-Quran adalah kita berasal dari keturunan Nabi Adam a.s melalui ciptaan Allah S.W.T
Kita tidak dapat menyangkal kejadian ini berlaku, tetapi sebagai insan yang berilmu yang dilahirkan dalam ledakan informasi di zaman IT ini kita haruslah mengambil manfaat dalam mengkaji dan belajar kerana rahsia alam hanya akan dapat diketahui jika kita belajar dan mempraktikkanya, melalui hal tersebut dapatlah kita melihat kebesaran Allah yang Maha Esa dan bersujud kepadanya.  Sesungguhnya islam itu adalah agama yang benar.

Wednesday, December 12, 2012

Korea Utara 12-12-12

   Korea Utara telah melancarkan misil balistik jarak jauh dalam usahanya untuk menempatkan satelit di orbit telah berhasil .  Kejayaan Korea Utara pada kali ini telah membuktikan bahawa pemerintah Korea Utara tersebut tidak berputus asa setelah mengalami kegagalan pada April 2012 yang lalu.  Penempatan satelit di orbit telah disahkan oleh agensi kerajaan Amerika iaitu North America Aerospace Defense Command (NORAD) pada hari ini.  Satelit yang diberi nama Kwangmyongsong-3-3 akan ditugaskan untuk pemantauan cuaca dan pertahanan untuk negara berkenaan. 

   Berikutan tindakan Korea Utara telah menyebabkan pemerintah Jepun telah membuat susulan dengan mengadakan sidang tergempar dengan Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) mengenai tindakan Korea Utara yang tidak menghormati negara sejirannya Jepun.  Tindakan Korea Utara berkenaan dianggap mengancam keselamatan negara-negara serantau.  Misil yang telah dilancarkan hari ini telah melalui ruang udara Okinawa, Jepun tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pemerintah Jepun walaupun mempunyai misil pemintas berteknologi tinggi setanding negara luar.

Rajah 1: Misil Pemintas Jepun.
 Sumber: AP
  Kerisauan negara-negara serantau terhadap Korea Utara berpunca daripada desas-desus yang menyatakan bahawa penempatan satelit di orbit menggunakan misil buatan sendiri hanyalah retorik semata-mata malahan misil balistik jarak jauh berkenaan hanyalah untuk menguji sama ada ia mampu membawa kepala peledak nuklear ke negara sasaran yang mengancam negara komunis yang telah lama bertapak semenjak sekian lama.

Rajah 2: Perjalanan Misil Korea Utara
Sumber: IMO
  Korea Utara juga mengalami pelbagai sekatan dari negara luar berikutan keputusan PBB yang lalu membantah usaha negara berkenaan dalam mencipta misil membawa bahan peledak nuklear namun sekatan demi sekatan tidak merencatkan usaha Korea Utara dalam menguatkan pertahanan negara berkenaan.  Pelancaran misil jarak jauh ini juga membawa mesej bahawa Korea Utara tidak 'berdiam diri' dalam menghadapi kuasa besar kapitalis berkenaan.

Sumber Rujukan:

Monday, November 26, 2012

Masalah?


Kadangkala kita berhadapan dengan pelbagai masalah, kadangkala masalah mengajar kita erti mencari penyelesaian. Masalah berkait rapat dengan pilihan yang terhad, dan penyelesaian berbeza-beza dari segi tindakan emosi dan akal. Masalah sentiasa berkait rapat dengan manusia selagi dia berakal dalam membezakan betul atau salah.  Manusia juga sentiasa mengambil jalan mudah untuk menamatkan masalah dengan mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain dan sebagai akibat kekesalan seumur hidup akan dihadapi atau dihantui bayangan hingga akhirnya ia mencetuskan masalah jiwa yang mencabut kewarasan akal logik manusia.  Masalah terlahir melalui punca (source), sebab (reason) dan akibat (cause).  Sebagai contoh, pegawai kerajaan sanggup mengambil rasuah.  Persoalannya kenapa pegawai itu mengambil rasuah? Apakah punca pegawai tersebut mengambil rasuah? Semuannya bermula dengan punca.  Pegawai kerajaan tersebut sanggup menggambil rasuah kerana ingin menambah sumber pendapatannya atau pegawai kerajaan tersebut ingin menjadi kaya-raya melalui jalan pintas seperti rasuah, ternyata punca pegawai kerajaan tersebut mengambil rasuah kerana ingin hidup senang.  Sekarang kita beralih kepada ‘sebab’ pegawai tersebut mengambil rasuah, adakah duit rasuah datang begitu sahaja tanpa dihulur oleh individu lain? Semestinya tidak,kerana rasuah hanya akan wujud melalui dua individu atau lebih iaitu pemberi dan menerima.  Antara sebab pegawai tersebut mengambil rasuah adalah kerana si ‘pemberi’ ingin sesuatu kelulusan dengan segera tanpa melalui tapisan dalam meluluskan sesuatu projek ataupun sebagai pemudah cara dalam melepaskan diri dari undang-undang kerana setiap pelaksana adalah ‘makan gaji’. Apa yang membezakannya dari pegawai lain adalah integriti ketika bekerja.  Kita telah sedia kenal pasti bahawa punca dan sebab saling berkait rapat dalam mewujudkan masalah, setiap perkara pasti ada tindakan dan tindakan akhirnya memberi kesan (cause), punca dan sebab telah melahirkan akibat dari tindakan tersebut seperti contoh di atas ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ begitulah perumpamaan yang ingin digambarkan kepada pegawai berkenaan kerana perbuatan tidak wajar tersebut telah dihidu oleh pihak berkuasa seperti SPRM dan akhirnya pegawai berkenaan menghadapi pertuduhan di mahkamah.  Kesan daripada tindakan tersebut pegawai berkenaan terpaksa menjalani hukuman penjara atau denda dua atau tiga tahun, selain daripada itu pegawai berkenaan terpaksa menghadapi kehidupan yang sukar setelah dilucutkan perkhidmatan dan ditambah rekod jenayah rasuah yang dihadapinnya menyukarkan lagi bekas pegawai kerajaan berkenaan mencari perkerjaan baru.  Setelah kita tinjau penyebab dari masalah berkenaan mari kita lihat kesan jangka masa panjang yang dihadapi oleh bekas pegawai berkenaan, akibat daripada masalah yang dihadapi oleh bekas pegawai tersebut pelbagai gejala-gejala yang dihadapi dari individu tersebut seperti kemurungan, tekanan dan kesihatan semakin menurun dan akhirnya masalah jiwa akhirnya mengambil alih akal pemikiran individu berkenaan.  Apabila individu tidak berfikiran waras akhirnya membunuh diri adalah jalan terakhir kerana dia tidak lagi diterima oleh masyarakat sekeliling seperti malu, dihina dan diherdik oleh masyarakat.  Oleh sebab itu sebagai manusia haruslah berfikiran matang dan sentiasa mengamalkan intigriti ketika bekerja ataupun dalam menjalankan kehidupan seharian, sebelum melakukan sesuatu perkara haruslah kita berfikir ke hadapan seiring masyarakat yang telah diberi pendedahan dari bangku sekolah ataupun media massa.  Setiap perkara pasti ada jalan penyelesaian jangan mengambil langkah mudah hingga tercetus masalah yang tidak ingin dihadapi ataupun tiada dalam perancangan kehidupan.  Kita hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh dalam agama kerana agama telah menunjukkan jalan yang baik untuk kita tempuhi untuk kebaikkan di dunia dan akhirat.

Thursday, October 11, 2012

care about laptop..here i have a tip's



Do you care about your laptop a.k.a 'lappy'...here i want share five tips to keep your laptop good all time...



  • Sometimes drink in front of your laptop, be careful where you put the drink, anything can happen. like example spills your drink on your laptop...its a nightmare...the liquid can cause damage on your laptop components. You don't want to spend your money to buy a laptop again..
  • Sometimes we on hurry so you pull out the power code from the power socket..that can cause damage to your plug adapter...if you don't have adapter how do you charge your laptop?
  • Sometimes we put the the laptop in the car. Do you know how hot the temperature in the car if you park the in open space like street.  it can cause damage to your laptop LCD because it to hot inside the car..take along with you..do you know the thief always target laptop in the car and steal it?
  • Sometimes your antivirus don't function very well. so what you want to do? update your antivirus frequently, it can help your laptop fight the virus and harmful malware. if do you have a time try open the list of antivirus that offer you better protection. be advise harmful malware can cause your laptop work slowly than usual..
  • Finally, clean your laptop twice a weak, its depend on you how busy you are. sometime you scratching your head and suddenly dandruff fall down like a snow on your keyboard...i know you all miss the snow on the Christmas Day, but please do you feel comfortable work like that..if the dandruff or food debris enter in your components through your laptop it will be nightmare...it can damage components slowly even by ants or other insects. 
That all from me...sorry for solecism... ^____^

chatting word



  • OTP= one true pairing
  • 5555555= means (hahaha) laugh
  • COO=definitely i agree with that
  • gerd=oh my god
  • wut/wuteva=whatever
  • sup= what's up
  • idc=i don't care
  • 4eae=for ever and ever
  • 2DAY Today
  • 4EAE For ever and ever
  • ADN Any day now
  • AFAIK As far as I know
  • AFK Away from keyboard
  • ATM At the moment
  • B/C Because
  • B4 Before
  • BF / GF Boyfriend / Girlfriend
  • BFN Bye for now
  • BOL Be on later
  • BRB Be right back
  • BTW By the way
  • DM Direct message
  • DWBH Don’t worry, be happy
  • F2F or FTF Face to face
  • FTL For the loss / For the lose
  • FTW For the win
  • FWB Friends with benefits
  • FWIW For what it’s worth
  • FYEO For your eyes only
  • FYI For your information
  • GLHF Good luck, have fun
  • GR8 Great
  • HAK Hugs and kisses
  • HAND Have a nice day
  • HTH Hope this helps / Happy to help
  • IANAL I am not a lawyer
  • IDK I don’t know
  • IIRC If I remember correctly
  • IKR I know, right?
  • ILY / ILU I love you
  • IMHO In my honest opinion / In my humble opinion
  • IMO In my opinion
  • IRL In real life
  • IU2U It’s up to you
  • IYKWIM If you know what I mean
  • J/K Just kidding
  • J4F Just for fun
  • JIC Just in case
  • JSYK Just so you know
  • K or KK Okay
  • LMBO Laughing my butt off
  • LMK Let me know
  • LOL Laughing out loudart.
  • MSM Mainstream media
  • NAGI Not a good idea
  • NM Never mind
  • NMU Not much, you?
  • NTS Note to self
  • OH Overheard
  • OMG Oh my God
  • ORLY Oh, really?
  • PAW Parents are watching
  • PLS or PLZ Please
  • PPL People
  • PTB Please text back
  • RAK Random act of kindness
  • SMH Shaking my head
  • SRSLY Seriously
  • SSDD Same stuff, different day
  • SWAK Sealed with a kiss
  • SWYP So, what’s your problem?
  • TIA Thanks in advance
  • TIME Tears in my eyes
  • TMB Tweet me back
  • TMI Too much information
  • TMRW Tomorrow
  • TTYL Talk to you later
  • TY or TU Thank you
  • VSF Very sad face
  • WB Welcome back
  • WTH What the heck?
  • WTPA Where the party at?
  • WYCM Will you call me?!)
  • YMMV Your mileage may vary
  • YW You’re welcome